Sejarah Awal Perkhidmatan Di JAIS
- Isteri melaporkan bahwa suami nya sejak hidup sebagai suami isteri telah banyak kali melafazkan cerai. Tampa mengindahkan perkara itu, mereka terus hidup sebagai suami isteri.
- Dalam ceramah saya kapada kaum ibu, pernah didapati dikalangan kaum ibu yang sudah mempunyai dua orang anak, tidak mengerti apakah itu mandi hadas.
- Ramai para isteri melap
- orkan sering dipukul bantai oleh suami tetapi tidak dapaaya rasa bahagiat bertindak apa-apa. -
- Bertahun-tahun tidak menerima nafkah daripada suami.
- Dan lain-lain .
tanda terima kasih daripada orang yang mendapat pertolongan, saya banyak menerima buah tangan daripada mereka terutamanya berbentuk hasil kampung seperti sayuran, pisang,telor dan saumpamanya. Puas saya menyatakan bahwa saya tidak perlu apa-apa balasan, cukup dengan bersyukur kapada Allah swt. Tetapi mereka tetap menghulurkan pemberian. Mereka nampak sedih kalau saya menolak dan minta membawanya balik. Setelah berbincang dengan Pengarah Jabatan Agama pada waktu itu, saya dinasihatkan supaya menerima saja pemberian mereka. Mengikut tuan Pengarah ,itu bukan raswah tetapi lahir daripada hati yang ikhlas orang-orang kampung sebagai penghargaan dan tanda terima kasih mereka diatas pertolongan yang diberi.
SEMINAR KEKELUARGAAN
Setelah tujuh bulan berkhidmad, saya cuba mengemukakan didalam mesyuarat peringkat jabatan untuk mengadakan seminar sehari mengenai kekeluargaan. Cadangan itu disambut baik. Sebulan selepas itu Seminar Kekeluargaan selama sehari diadakan menggunakan dewan Kolej Islam Malaya di Kampung Jawa.Seminar ini mengandungi empat tajuk ceramah mengenai kekeluargaan yang disampaikan oleh pensyarah Kolej Islam yang mahir dan berkelibar dalam hal kekeluargaan. Usaha yang dibuat tidak sia-sia. Pehak Jabatan menerima sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat sekitar bandar Kelang. Selepas itu Jabatan Agama semakin ramai dikunjungi untuk mengemukakan masaalah hidup.Selama dua tahun berada di Jabatan Agama Islam Selangor saya sangat merasakan betapa perlunya program dan aktiviti kekeluargaan diadakan sebagai panduan dan bantuan kapada pasangan suami isteri dan keluarga.
4:12 PM | | 0 Comments
AKAL MANUSIA RAHMAT ISTIMEWA DARI ALLAH
Bumi Allah ini diserah kapada manusia untuk mentadbirnya. Allah menganugrahkan akal kapada manusia. Ia merupakan rahmat istimewa yang tidak diberi kapada makhluk lain. Akal ini berfungsi untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Setiap insan yang normal atau waras wajib menerima tugas ini tampa berkecuali. Lalai melaksanakannya akan menerima padah dibelakang hari. Oleh itu hidup ini perlu berwaspada. Pandu akal sentiasa agar perlakuannya tidak terarah kapada perkara yang munkar, sekali gus akan menghancurkan hidup. Jangan angkoh dan takbur dengan Allah swt. Allah itu maha pengasih lagi penyayang. Tapi kalau hambanya memilih sesuatu yang tidak diredhaiNya, ingat Allah tidak teragak-agak membalasnya dengan siksaan yang pedih tidak terperi. Alangkah bahagianya hidup kalau kita mampu berusaha untuk menjadi kekasih Allah
5:10 PM | | 0 Comments
Kursus Pra Perkahwinan
Mencari tempat untuk mengikuti Kursus Perkahwinan ??
Kami menyediakan perkhidmatan terbaik.
Hubungi kami di talian
017-3743794
012-2045011
019-6046824
Lawati laman web rasmi kami di www.hidupbahagia.com.my
Untuk sebarang pertanyaan sila emailkan ke info@hidupbahagia.com.my
4:07 AM | Labels: http://www.blogger.com/img/blank.gif | 0 Comments
Promosi Ramadhan
Produk Halal lagi menyelerakan
"Keropok Jejari Daun Kari"
RANGUP, HARUM, WANGI
Sedia menerima tempahan
Hubungi Datin Hjh. Rusmiati
019-6554542 (Huaida)
3:59 AM | | 0 Comments