Sejarah Awal Perkhidmatan Di JAIS

Pada tahun 1974, setelah menghabiskan pengajian di UKM, saya telah diterima bertugas di Jabatan agama Islam Selangor. Padamasa itu berpejabat di Kelang bersebelahan dengan Balai Polis Selangor. Ketika itu saya adalah pegawai ugama wanita berijazah pertama dinegeri Selangor. Saya diletakkan dibawah pentadbiran Kadi Besar.Peranan yang diberikan kapada saya ialah mengenai hal kekeluargaan. Saya merasakan bahwa kehadiran saya dipejabat tersebut sangat cepat diketahui oleh masyarakat sekitar bandar Kelang. Dalam waktu beberapa bulan disitu sangat ramai saya didatangi khusususnya oleh para ibu dalam masaalah kekeluargaan. Saya terfikir bahwa masyarakat sangat memerlukan bimbingan dalam kehidupan berkeluarga. Berbagai masaalah dikemukakan oleh orang ramai diantaranya:
  • Isteri melaporkan bahwa suami nya sejak hidup sebagai suami isteri telah banyak kali melafazkan cerai. Tampa mengindahkan perkara itu, mereka terus hidup sebagai suami isteri.
  • Dalam ceramah saya kapada kaum ibu, pernah didapati dikalangan kaum ibu yang sudah mempunyai dua orang anak, tidak mengerti apakah itu mandi hadas.
  • Ramai para isteri melap
  • orkan sering dipukul bantai oleh suami tetapi tidak dapaaya rasa bahagiat bertindak apa-apa. -
  • Bertahun-tahun tidak menerima nafkah daripada suami.
  • Dan lain-lain .
Tugas yang saya pikul terasa amat berat tetapi saya senang dan redha memikul tanggung jawab tersebut. Orang ramai datang dengan berbagai masaalah hidup walaubagaimanapun yang paling banyak ialah masaalah keluarga Dalam masaalah keluarga ini para isterilah yang ramai menemui saya. Setiap satu masaalah dapat saya bantu selesaikan, saya rasa bahagia. Waktu itu undang-undang dan peraturan mengenai kekeluargaan tidak lengkap seperti sekarang ini. Jadi dalam urusan untuk mencari penyelesaian suatu kes keluarga, saya banyak menggunakan budibicara dan bijaksana saya sendiri. Walaubagaimanapun tidak terkeluar dari batas akhlak dan hukum syarak.

tanda terima kasih daripada orang yang mendapat pertolongan, saya banyak menerima buah tangan daripada mereka terutamanya berbentuk hasil kampung seperti sayuran, pisang,telor dan saumpamanya. Puas saya menyatakan bahwa saya tidak perlu apa-apa balasan, cukup dengan bersyukur kapada Allah swt. Tetapi mereka tetap menghulurkan pemberian. Mereka nampak sedih kalau saya menolak dan minta membawanya balik. Setelah berbincang dengan Pengarah Jabatan Agama pada waktu itu, saya dinasihatkan supaya menerima saja pemberian mereka. Mengikut tuan Pengarah ,itu bukan raswah tetapi lahir daripada hati yang ikhlas orang-orang kampung sebagai penghargaan dan tanda terima kasih mereka diatas pertolongan yang diberi.

SEMINAR KEKELUARGAAN

Setelah tujuh bulan berkhidmad, saya cuba mengemukakan didalam mesyuarat peringkat jabatan untuk mengadakan seminar sehari mengenai kekeluargaan. Cadangan itu disambut baik. Sebulan selepas itu Seminar Kekeluargaan selama sehari diadakan menggunakan dewan Kolej Islam Malaya di Kampung Jawa.Seminar ini mengandungi empat tajuk ceramah mengenai kekeluargaan yang disampaikan oleh pensyarah Kolej Islam yang mahir dan berkelibar dalam hal kekeluargaan. Usaha yang dibuat tidak sia-sia. Pehak Jabatan menerima sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat sekitar bandar Kelang. Selepas itu Jabatan Agama semakin ramai dikunjungi untuk mengemukakan masaalah hidup.Selama dua tahun berada di Jabatan Agama Islam Selangor saya sangat merasakan betapa perlunya program dan aktiviti kekeluargaan diadakan sebagai panduan dan bantuan kapada pasangan suami isteri dan keluarga.

0 comments: